Sunday, 3 September 2017

Jampi - Hael Husaini

Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada
It started from the first sight,
You were there in front of me,
My heart was pounding,
Holding on my feelings when you were here.

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu
You mesmerised me
As if I am the one,
who wants you.

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai
And when you came as a mystery,
obviously I was already under your spell,
And when you enslave my heart 
It's only you shall I love.

Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah
Ha Ha Ha I laughed
Feeling confused

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri Kamu
You mesmerised me
As if I am the one,
who wants you.

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai
And when you came as a mystery,
obviously I was already under your spell,
And when you enslave my heart 
It's only you shall I love.

Malam, Berganti malam
Masih Terbayang
Apa Yang berlaku
Pada Diriku
Ternyata Kamu
Ternyata Kau mahu diriku
Selama Kau milik ku
Night after night,
Still seeing,
What happened
To myself
It was you
It was you who wants me,
As long as you are mine.

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai
And when you came as a mystery,
obviously I was already under your spell,
And when you enslave my heart 
It's only you shall I love.

Dan Bila
Ternyata Kau yang aku cintai
And when
You're the one I love.


Credit to Ohlirik.com  for Malay Lyrics

English translation fully made by Nabila.

Sunday, 11 December 2016

Lyrics Translation : Arjuna Beta by Fynn Jamal (My son)

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular–
Bonda takkan berundur

Never will I ever let the storm disturb your sleep
Be it thunder strike
Scorpion and snake
Mom won't back off

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Be at peace my son,
Dream only the sweetest things,
When you open your eyes,
It is not going to be the same.

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata–
Ambil yang sarat duri

There will be a time you lost your way,
Walk straight son,
Unsure of the sight,
Choose the one with torns

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Live your life my son,
Let the body take the pain,
As long as God exists,
You will not be hurt.

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Terrifying, unimaginable,
Mom won't be here forever,
Hope you will not forget,
Mom comforts you, my son

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Live your life my son,
Let the body take the pain,
As long as God exists,

You will not be hurt.

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Be at peace my son,
Dream only the sweetest things,
When you open your eyes,

It is not going to be the same.


Credit to lyricsmode for Malay Lyrics
English translation fully made by Nabila.



Thursday, 21 April 2016

Ujian JPJ (Test Jpj)

Hai!

First of all, I would like to apologise for not posting anything yet related to lyrics translation. Obviously this is my first post. Tentang ujian JPJ! Kah! Tak ada kena mengena langsung. Tapi tak mengapa, mari teruskan.

Hari ini merupakan hari aku ambil ujian JPJ, alhamdulillah dengan bantuan Allah, aku lulus dengan sekali ujian sahaja. Jadi aku rasa macam nak kongsi pada anda semua diluar sana yang mungkin ada upcoming ujian JPJ. Sebelum tu nak ingatkan, semua yang aku cerita ni adalah dari tempat belajar aku. Mungkin sistem dekat tempat belajar anda berlainan kan.

Baiklah, let's start.

Pendaftaran
Pagi waktu sampai dekat tempat belajar memandu tu, anda kena daftar di bahagian pendaftaran. Ambil tag number, dan ikut arahan seterusnya. Tempat aku, ambil tag number, lepastu masuk dalam satu bilik untuk isi borang. Borang ni adalah borang untuk jpj Tick. Borang markah la senang cerita. So boleh tengok-tengok apa kriteria pemarkahan semua sebelum memandu. Alhamdulillah dapat number 24, sesi 1. Dia ada banyak sesi, ikutlah mana sesi yang anda dapat. Ada yang dapat sesi 2, sesi 3, jadi mula lambat sedikit berbanding sesi 1.

RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
Setelah isi borang, petugas akan suruh anda pergi ke bahagian RPK. Dekat tempat aku, dia line up lebih kurang 8 kereta, 3 penguji (tester). So dalam 3/4 kereta ada 1 tester akan tengok anda buat. Waktu RPK ni, TOLONG, SEBUT DENGAN KUAT DAN LANTANG, supaya tester boleh dengar.
Jika anda dapat tester yang okay, sebut lembut-lembut dia boleh kasi pass, tapi kalau dapat tester yang agak tegas, dia akan minta anda ulang dan kuatkan suara, ini berdasarkan pengalaman aku. Ada sorang budak lelaki tu dia cakap perlahan, tester pun cakap dekat dia, 'Hey bagi suara keluar la'. Lepas tengok macamtu, bila sampai giliran aku, aku cakap sekuat-kuatnya. Peduli apa orang tengok, janji lulus, ye dak? Dan alhamdulillah aku lulus RPK. Jangan main2, dekat sini pun ada orang pernah gagal. Langsung tak boleh drive. Buat elok2, okay?

Tips:
ENJIN : Mula dari kiri ke kanan.
FIZIKAL KERETA :
Puspakom
Roadtax
Pusingan arah jam.

Jalan Raya
Tempat aku mungkin lain sikit. Di sini selepas lulus RPK, aku kena pergi ke bahagian menunggu untuk pandu di jalan raya.Dekat sini, tempat aku dia tak ikut number, it means dia susun secara rawak. Even number aku 24, aku dapat agak awal juga la. Waktu ni memang baca selawat, zikir banyak2. Sebab ada sorang pelajar tempat aku tu, dia tak sempat keluar jalan raya pun, tester dah suruh turun, sebab tak bagi signal. Ingat! SIGNAL DAN SEATBELT ADALAH MANDATORI! Maksudnya, kalau tak buat dua ni, memang GAGAL lah jalan raya.

Tips:
-Masuk kereta, bagi salam (if muslim) dekat JPJ, if non-muslim, boleh la greet good morning ke.
-Selaraskan tempat duduk.
-Cek gear dalam keadaan free.
-Handbrake ditarik.
-Cermin sisi (kiri kanan), cermin pandang belakang.
-SEATBELT
-On switch, sebutkan lampu2 amaran dan tolok yang korang belajar tu.
-Tekan clutch, start enjin (waktu ni gear free)
-Cek signal, lampu depan dan tinggi, wiper, lampu hazard, lepastu tekan minyak nak dengar dia mengaum ke tak (gear free)
-selesai semua, tanya tester, boleh teruskan ke jalan raya atau tak. Jika boleh, jalan mana yang perlu anda lalu.
-bila dia dah respon:
     -bagi SIGNAL!
     -tekan clutch, masuk gear 1, handbrake perlahan2 turunkan.
-bila dah selamat masuk jalan raya, pastikan penukaran gear dilakukan mengikut kesusaian.
 =Bila berhenti(Traffic light, U-turn), tukar gear kepada gear 1.
 =Pastikan pandu perlahan di selekoh dan di roundabout.
-nak masuk lane lain, bagi signal, nak masuk simpang bagi signal, di roundabout juga bagi signal. very2 important okay?
-dan seterusnya pandulah dengan bergaya sampai pulang semula ke tempat belajar tadi. Pastikan perjalanan pulang pun anda yang drive! If anda nampak JPJ yang pandu kereta balik, then student duduk dekat sebelah, maksudnya pelajar tersebut telah pun gagal jalan raya.

Bila anda dah selamat sampai kembali, tester akan bagi semula borang yang anda isi masa pendaftaran tadi, dan anda boleh lah tengok markah anda berapa, dan apa kesalahan yang telah anda lakukan. Seterusnya anda akan ke bahagian litar pula.  Di tempat aku, walaupun gagal jalan raya, masih boleh teruskan di litar.

Litar
Disini pun kena tunggu giliran masing2. Ikut sistem. Pada saat post ni ditulis, litar berdasarkan silibus baru, iaitu ada Selekoh S dan Z, bukit, parking, tiga penjuru.

Bila masuk kereta, cek semula seperti yang anda lakukan masa nak pergi jalan raya.
Terdapat 4 tempat yang anda perlu bunyikan hon.

1.Sebelum masuk selekoh S
2.Sebelum masuk selekoh Z
3.Sebelum nak naik bukit
4.Parking

Dekat litar, silalah gunakan masa yang diberi dengan sebagus-bagusnya. Tak payah nak laju sangat, tak payah dok buat kalut. Sat gi makan diri. Sila tunggu arahan petugas. Kalau dia kata boleh jalan masuk S, Z, bukit dan lain2 baru pergi. selagi dia tak bagi arahan, jangan mandai2.

1.Selekoh S : Pusing stereng ikut laluan. Jangan over pusing. Nanti naik atas batu pulak. gagal. no no.

2.Selekoh Z : Dekat sini boleh brek 2 kali dan juga reverse. Sila lah gunakan peluang ni sebaiknya.
                       Tekan clutch sampai habis pun boleh untuk slowkan kereta. Jangan gopoh. Rasa2 dah
                       tak lepas, nak naik atas batu, stop, reverse balik, then teruskan.

3.Bukit : Side mirror selari dengan tiang. Handbrake tarik, then tengok tayar. If semua dah cun,
               angkat tangan, dan teruskan pemanduan turun bukit.

4.Parking : Dekat sini tak tahu nak bagi tips apa, sebab setiap tempat berbeza, and setiap cikgu ajar
                  lain2. Cuma yang PASTI!, make sure anda punya side mirror kanan masuk kotak. Jika
                  anda rasa anda parking dah okay, dah lurus, tapi side mirror keluar dari kotak. GAGAL!

5.Tiga penjuru : Dekat sini boleh stop hanya 3 kali sahaja,tapi harini saya stop dua kali sahaja sebab
                           tiada tanda isyarat beri laluan, dan tiada kereta waktu tu. Lebih dari tu, gagal.

Setelah selesai semuanya, jika tester tak bagi balik borang tu, maksudnya anda LULUS. Sebagai contoh, jika anda gagal parking sebab tayar belakang sentuh line kuning, tester akan cakap lebih kurang macam ni (ikut nombor parking) "Parking 2, gagal". Dia akan bagi borang yang anda isi kat pendaftaran tu, dan suruh anda turun dari kereta waktu tu jugak.

Tapi aku pasti, anda semua boleh buat, Inshaallah. Banyakkan berdoa minta pada Allah dipermudahkan jalan. Ingat, semua benda ni berlaku sebab Allah. Allah bagi aku lulus, bukan sebab aku hebat, tapi sebab rahmat dan kasih sayang-Nya. Jika anda tak berjaya, itu bermakna Allah ada simpan yang lebih baik untuk anda tanpa anda ketahui. Teruskan usaha dan optimis. Cari benda baik dalam setiap musibah. okay?

Sekian sahaja. Minta maaf agak panjang post ni.

Bye.-N-